Assalamualaikum wbt.
Da bosan makan nasi??huhu..cam tajuk iklan plak
So hari ni kiter try masak murtabak plak yer..1st trial aku buat resepi ni masa bulan puasa hari tu.Actually masa tu tgh pregnant. Teringin sgt nak mkn murtabak. Beli yg kat kedai sumer nyer ada jer yg x kena dgn tekat mommy-to-be ni . So jomla sama2 layan resepi ni yer..
Resepi Murtabak Segera
Credit to : Minami133
Bahan-bahan :
100g daging cincang - aku guna ayam
2 biji ubi kentang
1 sudu setengah rempah kari
1/2 biji bawang besar
1 ulas bawang putih
daun sup
minyak
1 sudu kecil garam
kulit popia
2 biji telur
Cara Membuat :
- Inti murtabak : bawang besar dan bawang putih di potong dadu.Kemudian tumiskan bawang tersebut.
- Apabila bawang dah layu, masukkan rempah kari yang telah di bancuh dengan air. Kemudian masukkan ayam.
- Apabila ayam masak,masukkan kentang yang di potong dadu,garam dan ajinamoto. Jika terlalu kering, tambahkan air.Masak sehingga kentang empuk kemudia masukkan daun sup.
- Pukul telur di dalam mangkuk.Kemudian masukkan inti yg di masak td. Gaul sebati.
- Ambil kulit popia dan bungkus inti murtabak dgn bentuk segi empat. Cara membungkus, sama sahaja dgn cara membungkus popia.
- Goreng murtabak dgn api yang perlahan serta sedikit minyak.
ni lah rupanyer utk 1st trial.sedap d mkn dgn kari ayam...yummylicious..







hai
ReplyDelete