Assalamualaikum wbt.
Hampir setiap pasangan yang sudah berkahwin pastinya inginkan cahaya mata sebagai penyeri hidup mereka. Begitu juga aku dan jugak En Hubby. Sejak aku di sahkan hamil, perasaan x sabar nak jumpa baby tu ada dlm hati ni setiap hari. So hari ini aku nak citer ckit pengalaman aku bersalin.
Orang kata setiap perempuan ni akan rasa sakit nak bersalin yang berlainan. Bagi aku Alhamdulillah, segala urusan di permudahkan taktala melahirkan Muhammad Firas Iman.
Normally nurse cakap preggy mom akan bersalin around 37 @ 38 wks.Tp aku da 39 Wks still x kuar lg baby nyer..Aku risau sgt overdue,sbb org kata kalo overdue nnti kena induce..so x nak la cm tu..induce lg sakit kot dr bersalin normal.i don't know tp, tp mostly org ckap cm tu.Balik to my story. Bila masuk jer 39 wks, aku da mula search info mcm mana nak mudah bersalin n percepatkan bersalin. yg mana aku rasa yakin aku buat sbb ada byk sgt info.
Nilah gambar sebelum aku g hospital-taken at petronas.
Pada pagi 8/9/2011 aku g la toilet.Aku tgk ada darah ckit sgt.cm setitik jer.tp aku x ada rasa sakit. Oleh kerana risau, so tgh hari tu aku ajak la Mr.Hubby g hospital. aku g hospital around pukul 3p.m cm tu...lama gak la nak tggu giliran aku. check air kencing, Pastu dia ltk aku kat 1 katil dgn wayar2kat perut sambung kat mesin cm printer..huhuhu..(ayat x profesional seorang pesakit)..lama gak la sbb aku smpi tertdo..pastu dtg la sorg doktor, dia dtg nak check bukaan. 1st time..huhu..rasa sakit n malu w/pun doktor perempuan...ms tu bukaan baru 2 cm..memandangkan rumah aku x jauh dari hospital, so dia suruh balik dulu.
Balik rumah dalam pukul 5 lbh camtu..So aku dgn baik hati nyer suh la Mr.hubby masuk keje balik, ms tu dia kena keje petang.Mula dia x nak, tp aku kata x per g la...huhuhu..lps 1 jam dia pegi keje,.right after aku makan nasi 1 pinggan. Tiba2, ms aku bgn ada bunyi "POP" sekaligus ada kuar air, n perut cm memulas, senggugut, sumer sakit perut ada lah...dgn cepat aku call Mr.Hubby suruh balik(tmpt keje dgn umah x jauh)..
dlm kul 6.45 aku bertolak dr rumah ke hospital.FYI, umah aku tgkat atas skali apartment 5 tgkt, so tutun tangga sendiri.(power gak ms tu)..huhuhu...smpi hospital dlm kul 7pm.Doc check bukaan 4cm.Ada sorg nurse dgn nada yg agak tidak menyenangkan ckp dgn aku, "baru 4 cm, lmbt lg tu. Tgk akak kat luar dr siang td 4cm x gerak2 pun bukaan dia"..dlm hati sabar jer la..Sakit aku dah x terthn, rasa cm nak buang air besar jer, so aku bgtau doktor, aku nak g toilet la..tiber2 dia g check plak bukaan, ms tu kul 7.20pm, bukaan da 7cm.Cepat2 dia tolak aku g labour room...masuk labour room, bukaan da 9cm..Masa bersalin Mr.Hubby ada kat sebelah..Mr Hubby mmg banyak membantu semasa proses teran meneran tu..akhirnya pukul 7.47pm, my baby boy pun selamat di lahir kan. Masa bersalin tu adalah kena gunting ckit, tp x rasa aper2 pun ms gunting maybe sbb pk nak lahirkan baby jer kot. So maknanyer kat cni, kesakitan bersalin yang aku alami pd masa tu adalah lbh kurang 1 jam mcm tu.Alhamdulillah Allah makbulkan doa ku....
Inilah baby boy ku yg lahir pada 8 September 2011 tepat jam 7.47 malam.Muhammad Firas Iman b.Halid
Thank you for reading