Murtabak Segera, Mudah, dan Senang

Assalamualaikum wbt.

Da bosan makan nasi??huhu..cam tajuk iklan plak
So hari ni kiter try masak murtabak plak yer..1st trial aku buat resepi ni masa bulan puasa hari tu.Actually masa tu tgh pregnant. Teringin sgt nak mkn murtabak. Beli yg kat kedai sumer nyer ada jer yg x kena dgn tekat mommy-to-be ni . So jomla sama2 layan resepi ni yer..

Resepi Murtabak Segera
Credit to : Minami133

Bahan-bahan :
100g daging cincang - aku guna ayam
2 biji ubi kentang
1 sudu setengah rempah kari
1/2 biji bawang besar
1 ulas bawang putih
daun sup
minyak
1 sudu kecil garam
kulit popia
2 biji telur
  Cara Membuat :
  • Inti murtabak : bawang besar dan bawang putih di potong dadu.Kemudian tumiskan bawang tersebut.
  • Apabila bawang dah layu, masukkan rempah kari yang telah di bancuh dengan air. Kemudian masukkan ayam.
  • Apabila ayam masak,masukkan kentang yang di potong dadu,garam dan ajinamoto. Jika terlalu kering, tambahkan air.Masak sehingga kentang empuk kemudia masukkan daun sup.
  • Pukul telur di dalam mangkuk.Kemudian masukkan inti yg di masak td. Gaul sebati.
  • Ambil kulit popia dan bungkus inti murtabak dgn bentuk segi empat. Cara membungkus, sama sahaja dgn cara membungkus popia.
  • Goreng murtabak dgn api yang perlahan serta sedikit minyak. 

ni lah rupanyer utk 1st trial.sedap d mkn dgn kari ayam...yummylicious..


Thank you for reading

Tips Mudah Proses Bersalin

Assalamualaikum wbt

Title post yg mostly pregnant woman cari kann.....huhuhu..dulu aku pun cm ni gak..cari info cara utk permudahkan bersalin.
Amalan yg aku buat dan aku rasa Alhamdulillah mmg byk membantu ialah :
  • Amalkan baca Al-Quran hari2-dari info yg aku dapat, byk kan la membaca surah Maryam, Surah Luqman, Surah Yaasin kerana ada kelebihan nyer di situ.
  • Banyakkan minta maaf dgn suami, parents n adik beradik serta org lain.
  • Rajin-rajinla berjalan ketika hujung2 kehamilan.
  • Minum air akar fatimah,petua org tua2.aku ikut jer.
Boleh gak klik kat sini laman web 1 khalifah sebab dia ada bg senarai ayat Al-Quran yg bagus untuk ibu hamil.
Eh tertinggal plak..lg 1 kan, byk kan la baca doa nabi Yunus..x tau??boleh klik sini yer kalau nak tahu..
Lastly, kiter hanya mampu berusaha, segalanya hanya di tentukan oleh Allah s.w.t..Jadi, berusahalah..Sharing is caring.Hopefully dapat membantu sedikit sebanyak.


Thank you for reading

Sweet Journey To Be A Mom

Assalamualaikum wbt.

Hampir setiap pasangan yang sudah berkahwin pastinya inginkan cahaya mata sebagai penyeri hidup mereka. Begitu juga aku dan jugak En Hubby. Sejak aku di sahkan hamil, perasaan x sabar nak jumpa baby tu ada dlm hati ni setiap hari. So hari ini aku nak citer ckit pengalaman aku bersalin.
Orang kata setiap perempuan ni akan rasa sakit nak bersalin yang berlainan. Bagi aku Alhamdulillah, segala urusan di permudahkan taktala melahirkan Muhammad Firas Iman.

Normally nurse cakap preggy mom akan bersalin around 37 @ 38 wks.Tp aku da 39 Wks still x kuar lg baby nyer..Aku risau sgt overdue,sbb org kata kalo overdue nnti kena induce..so x nak la cm tu..induce lg sakit kot dr bersalin normal.i don't know tp, tp mostly org ckap cm tu.Balik to my story. Bila masuk jer 39 wks, aku da mula search info mcm mana nak mudah bersalin n percepatkan bersalin. yg mana aku rasa yakin aku buat sbb ada byk sgt info. 

 Nilah gambar sebelum aku g hospital-taken at petronas.

Pada pagi 8/9/2011 aku g la toilet.Aku tgk ada darah ckit sgt.cm setitik jer.tp aku x ada rasa sakit. Oleh kerana risau, so tgh hari tu aku ajak la Mr.Hubby g hospital. aku g hospital around pukul 3p.m cm tu...lama gak la nak tggu giliran aku. check air kencing, Pastu dia ltk aku kat 1 katil dgn wayar2kat perut sambung kat mesin cm printer..huhuhu..(ayat x profesional seorang pesakit)..lama gak la sbb aku smpi tertdo..pastu dtg la sorg doktor, dia dtg nak check bukaan. 1st time..huhu..rasa sakit n malu w/pun doktor perempuan...ms tu bukaan baru 2 cm..memandangkan rumah aku x jauh dari hospital, so dia suruh balik dulu.

Balik rumah dalam pukul 5 lbh camtu..So aku dgn baik hati nyer suh la Mr.hubby masuk keje balik, ms tu dia kena keje petang.Mula dia x nak, tp aku kata x per g la...huhuhu..lps 1 jam dia pegi keje,.right after aku makan nasi 1 pinggan. Tiba2, ms aku bgn ada bunyi "POP" sekaligus ada kuar air, n perut cm memulas, senggugut, sumer sakit perut ada lah...dgn cepat aku call Mr.Hubby suruh balik(tmpt keje dgn umah x jauh)..
dlm kul 6.45 aku bertolak dr rumah ke hospital.FYI, umah aku tgkat atas skali apartment 5 tgkt, so tutun tangga sendiri.(power gak ms tu)..huhuhu...smpi hospital dlm kul 7pm.Doc check bukaan 4cm.Ada sorg nurse dgn nada yg agak tidak menyenangkan ckp dgn aku, "baru 4 cm, lmbt lg tu. Tgk akak kat luar dr siang td 4cm x gerak2 pun bukaan dia"..dlm hati sabar jer la..Sakit aku dah x terthn, rasa cm nak buang air besar jer, so aku bgtau doktor, aku nak g toilet la..tiber2 dia g check plak bukaan, ms tu kul 7.20pm, bukaan da 7cm.Cepat2 dia tolak aku g labour room...masuk labour room, bukaan da 9cm..Masa bersalin Mr.Hubby ada kat sebelah..Mr Hubby mmg banyak membantu semasa proses teran meneran tu..akhirnya pukul 7.47pm, my baby boy pun selamat di lahir kan. Masa bersalin tu adalah kena gunting ckit, tp x rasa aper2 pun ms gunting maybe sbb pk nak lahirkan baby jer kot. So maknanyer kat cni, kesakitan bersalin yang aku alami pd masa tu adalah lbh kurang 1 jam mcm tu.Alhamdulillah Allah makbulkan doa ku....
Inilah baby boy ku yg lahir pada 8 September 2011 tepat jam 7.47 malam.Muhammad Firas Iman b.Halid


Thank you for reading

Happy New Year 2012

Assalamualaikum wbt.

Hye everyone!!!!  2012 just around the corner..
Saya x dpt lg kalendar 2012..tp saya ada lah tgk kat cni utuk kalendar 2012..
Tujuan utama tgk kalendar ni sbb nak plan holiday awal2..huhuhu..yer la kan this year perut besar, so x dpt la nak jln2 sgt..harap nyer thn 2012 ni ley ler merayap..huhuhu...so tgk la public2 holiday kat bwh ni yer..n plan la percutian anda..wahhh gituuu...Since aku stay kat selangor, so tarikh2 dibawah hanya fokus pada public holiday di selangor sahaja...HARAP MAKLUM..


1 Jan    (Sun) - New Year
23 Jan (Mon) - Chinese new Year
24 Jan (Tue) - Chinese New Year 2nd day
5 Feb  (Sun) - Maulidur Rasul
7 Feb  (Tue) - Thaipusam
1 May (Tue) - Labour Day
5 May (Sat) - Vesak Day
6 Aug (Mon) - Nuzul Al-Quran**
19 Aug (Sun) - Hari Raya Puasa**
20 Aug (Mon) - Hari Raya Puasa 2nd Day**
31 Aug (Fri) - National Day
16 Sept (Sun) - Malaysia Day
26 Oct (Fri) - Hari Raya Haji**
13 Nov (Tue) - Deepavali
15 Nov (Thu) - Awal Muharam
11 Dec (Tue) - Sultan's Selangor Birthday
25 Dec (Tue) - Christmas

**Subject to change - Kena tgk anak bulan dulu yer~~

Kalau nak tgk kalendar asal blh klik sini yer.Saya just copy dr situ.credit to them...
Credit pic:Google Image

Thank you for reading

Kek Coklat Moist Kukus Munirah yummylicious

Assalamualaikum wbt..

Saper suka makan kek coklat angkat tgn!!!!huhuhuhu...
Aku ni minat giler mkn kek coklat.Setiap kali nak makan asyik beli jer.Tiber2 kat hati ni terdetik plak nak wat sendiri.Tambahan lg skrg kan pangkat aku fully housewife. So aku pergilah belek2 blog org lain utk cari resepi kek coklat. Most of the comment says, resepi kek coklat munirah plg sedap n marvelous....So apa lg, aku pun salin la resepi tu masuk dlm buku "Dapur Berasap" aku. Jadi dgn penuh keazaman hari ini aku pun try la buat kek tu..Mission accomplish. So kat cni dgn rajin nyer aku taip la resepi ni sambil melayan iman main jerit2 kat aku...

Resepi : Kek Coklat Moist Kukus Munirah
credit to : Puan Munirah Baharum & dayangjack@DapurKu SaYang.

Bahan A :
1 cawan gula pasir
1 cawan serbuk koko
1cwn susu cair - aku guna susu dutch lady perisa coklat
1 cawan susu pekat
1 cawan minyak masak
1 sudu kecil serbuk nescafe - resepi asal x de, n aku pun x letak

Bahan B :
3/4 cawan tepung gandum
1 sudu kecil (kfc) soda bikarbonat
1 sudu kecil (kfc) baking powder

Bahan C :
4biji telur - blender
Cara-Cara :
  •  Bahan A di gaul sebati dan di masak atas api perlahan sehingga gula larut. Setelah masak, matikan api dan rehatkan sekejap.
  • Bahan B diayak.
  • Satukan Bahan B  dan C ke dalam Bahan A secara berselang seli dan gaul dgn senduk sehingga sebati.
  • Masukkan ke dalam loyang yang da di gris dengan minyak. (lps da di gris aku panas kan sekejap loyang nyer sekejap dlm pengukus)
  • Kukus selama 1 jam atau sehingga masak. Jangan buka pengukus semasa proses mengukus 45 min yg pertama. 
p/s : Nak tau da masak atau belum, cucuk dengan lidi atau garfu, kalo x lekat maknanyer da masak lah tu.

Maaf la decoration x cantik sebab saya budak baru belajar. Tp rasa mmg superb kalo ikut resepi kak Munira ni..yummylicious... :)


Thank you for reading

Diari 9 Bulan @ 35wks 5d

Assalamualaikum wbt.

Berkawan sudah, bercinta pun sudah, bernikah pun sudah.Saat gembira untuk sepasang suami dan isteri ialah, saat diberitahu "Kamu bakal menjadi ayah dan ibu". 
Kami sgt beruntung rezeki untuk mendapatkan anak itu dtg dgn cpt. Alhamdulillah..Kami x merancang apa2 pun..tp kami sentiasa ingat, anak itu ada rezeki nyer...
 
Mcm mana aku tau aku mengandung????aku buat UPT sendiri, n the result is positive...

kat cni, aku nak story ckit from month to month mcm mana aku lalui proses pregnant smpi la aku bersalin..

1st Month - da 3 mggu pregnant br aku tau aku pregnant.Mula2 bdn rasa x sedap, demam smpi 2 minggu, kencing x lawas, nafas rasa sesak, breast ada rasa sakit ckit.of course la period x dtg n naluri hati tu kuat mengatakan aku ni pregnant (naluri hati ibu la konon)huhuhu.. :)..buat test UPT +ve..sah pregnant.

2nd Month - Da mula diari muntah2 ku. mkn x selera, semua benda bau busuk. mungkin aku punyer keadaan agak teruk sedikit, coz aku check in hospital 2 kali sbb terlampau lemah. So apa lagi, msk air la kawan. Masa ni jugak la aku 1st time d scan, doktor tunjuk ada kat mana kedudukan baby. tp x nampak la sgt coz kecik sgt n x der bentuk lg..rasa cam nak nangis, touching giler2..

3 Month - Still muntah. My mom in laws bwk balik kg sbb kesian kan aku duk sorg2 kat umah.my hubby kan keje. Masih lg x blh nak bau mskn.terutama skali bau bawang. tp da blh mkn ckit cuma a bit picky.

4 Month -  Da beransur pulih.Mkn pun da mcm normal.perut pun da nmpk ckit naik nyer.Aku pun da g klinik KKIA berdekatan utk buat buku.Maka bermulalah monthly check up ku n balik mesti bwk ubat. Start minum susu (b4 this x pernah nyer aku minum) huhuhu...

5 Month - Perut mkn naik, mkn pun normal. dlm kata lain da mula kuat mkn tp aku still jg2 sbb takut bdn naik mendadak. FYi, kalo bdn naik mendadak nnti kena minum air gula sbb suspek kencing mns. Nasib baik aku x kena.air gula ni org kata yg amat "sedap". byg kan  jer la kiter minun air gula mentah2 tanpa cmpur perisa.yummylicious.. :P

6 Month - 2nd time pergi scan baby.Da nampak baby, fizikal da complete. Doktor cakap my baby cm besar ckit. tp tulang dia sumer ok n normal. kesan dr minum susu. Hb ku plak problem..Misi ku bermula untuk naikkan Hb, mcm2 kot aku buat.Da bermula misi shoping ckit2. 1st kick, tp perlahan sgt. once again, rasa terharu sgt.

7 Month - Perut da rasa senak kalo mkn banyak2. Perut da makin membesar.Scan utk tgk jantina baby, unfortunately, x nmpk la kwn. my baby my peek-a-boo dgn mama n babah dia. Da mula mencari brg utk baby. Org kat ms bln 7 ni baby blh kuar (premature baby) so at least kena la sedia ckit2 baju2 dia. Alhamdulillah, baby still main bola in my tummy.Sidekick makin kuat.

8 Month - Bln puasa, misi nak puasa cukup 1 bln, tp unfortunately skip 1 day sbb pitam. tp aper2 pun Alhamdulillah 29/30 hmpr full gak jgk. Kuat smgt mama, siap main msk2 lg. brg baby da complete, next month due date. Sts berdoa baby x kuar raya pertama, Alhamdulillah dpt la gak beraya. Perut da makin kembang, dada kdg2 rasa sesak, tdo da x blh terlentang, kaki da mula lenguh, baring n duduk na beralas bantal.gerakan baby x sekata, kadang cpt, kdg lmbt utk complete 10x dlm sehari.

9 Month - Bulan penuh debaran. Hari2 rasa berdebar n x sabar nak tgk muka baby. Normally 37 @ 38 wk org da bersalin. aku da msk 39 wk, still x bersalin.x mo overdue nnti kena induce, people say, more painful. penat ku ketuk ketampi, berjalan, naik tangga, akhirnyer, 39wk 5d Muhammad Firas Iman b. Halid lahir tepat 7.47pm di Hospital serdang. Welcome to the world my dear.


Inilah gambar my baby Muhammad Firas Iman Bin Halid

Thank you for reading

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
||Copyright @ www.mamafirashalid.blogspot.com||Powered by Blogger||